Tuesday 27 March 2012

Tak pahammmm !

Ahhh geramm nyaa ! dah laa aku tak pandai nak edit blog niee ! pastuu bg link pulak susah nak ikutt ! benci ! aku nak jugak patung-2 comeyy ! ada hujan turun kaaa ? Ahhh ! payah haih ! setiap kali aku buat mesti aku maki kalau tak jadi ! siap kena marah ngn mak aku lagi , free of charge jaa ! serius aku nak ada lagu dalam blog aku ! tudiaa laa gatai tgn sgt nak buat blog ! heyyy ! ><' benci tambah meluat sgttttt ! link punn susah nak ikott ! pa diaaaa ! =..=

Monday 26 March 2012

Masalah besarrr !


Assalamualaikum , weyy aku nak story masalah besaqq aku niee , aku rasa macam aku tersalah pilih aliran laa , jujur aku bgtau , aku tak terer merer sgt dalam kira niee , so pasai pa aku pilih AKAUN ??? rasa menyesall la pulak ! cikgu kata kalau slah pilih aliran , naya masa depan kitaa weyy ! aku sebenaq nyaa pandai bab2 sains , tapi awat aku tak pilih SAINS TULEN  ?? mengong sungguh ! tapi aku takleh bawak jaaa , haha --' , takpa mak aku kata blajaq jaaa , mesti bolehh haih ! emmmm , risau gila nieeee :/ , addmath susah beb ! aku dapat 5% jaa dlm periksaa , haha terbaik tak ?? of coss lah weyyy :D , aku nk share gambaq satt , haha sebagai tanda aku sygkan ADDMATH !

                

                  

Omaiiiigoddd ! tak larat !

YA ALLAH ! kerja sekolah aku banyak gilaaa ! aku rasa tangan aku dah nak patah dahh ! tak larat kottt ><' emm tapi takpa sebab nak blajaq kannnn :D hahaha , alaa tadi aku takdan nak p kedai kak ipaq akuu , :D i miss herr , haha . naseb baik ustazah bg kuaq awaii , kalau tdak terlepas laa bas aku , haaa ! weyy keputusan aku teruk gilaa ! aku takut nak tunjuk kat mak aku , satgi bukan taktaw mak aku tuu suka beletaq ! haha :D keputusan aku 2B+ 3C+ 2D 4G haha , terukk kann ? aku bukan pandai sgt , okayy takat niee dulu k byeeee !

Sunday 25 March 2012

Diari cinta

permulaan cinta ialah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri , dan tidak berubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan

Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.
Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,
” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” 
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.
Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?